Kata Kerja : Pengertian, dan Macam-Macamnya

kata kerja

Pengertian

Kata kerja merupakan salah satu golongan kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja terbagi kepada dua macam / bentuk:

  • Kata kerja transitif
  • Kata kerja tak transitif

Baca Juga : Pengertian Paragraf

 

KATA KERJA TRANSITIF (KKT)

Kata kerja yang memerlukan objek atau penyambut yang terdiri daripada kata nama untuk melengkapkan maksud kalimat.

KKT boleh dikenal pasti dengan imbuhannya iaitu:

(minum, makan) – tiada imbuhan

me- …                                –              (mencangkul, menebang, memukul)

me- …-i                              –              (menjalani, menghadiahi, menghadapi)

me-…… -kan                       –              (melarikan, memasukkan, menjalankan)

memper-…                         –              (memperbesar, mempercantik, mempersuami, memperisteri)

memper-…-kan                  –              (mempertingkatkan, mempertunjukkan)

memper-…-i                      –              (memperdengari, memperingati)

KKT boleh dipasifkan. Contoh:

Kalimat Aktif Kalimat Pasif
Amoi sedang membasuh kain di dalam kamar mandi. Kain sedang dibasuh oleh Amoi di dalam kamar mandi.
Pekerja-pekerja sedang memperlebar jalan raya. Jalan raya sedang diperlebar oleh pekerja-pekerja.
Ibu menidurkan adik di dalam kamar. Adik ditidurkan oleh ibu di dalam kamar.
Kami makan kentang goreng itu. Kentang goreng itu kami makan.
Tuan Hakim menjatuhi pengedar ganja itu hukuman mati. Pengedar ganja itu dijatuhi hukuman mati oleh Tuan Hakim.

 

KATA KERJA TAK TRANSITIF (KKTT)

Kata kerja tak transitif (intransitif) ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya dan dapat berdiri sendiri dalam kalimat. Oleh itu, KKTT tidak memerlukan objek atau penyambut untuk menyempurnakan maksudnya. KKTT tidak boleh dipasifkan.

KKTT boleh dikenal pasti melalui imbuhannya, contohnya adalah seperti yang di bawah ini.

  • Tanpa imbuhan (pulang, pergi, duduk, mati, tidur, balik)
  • me-… (mengalir, meletup, menangis, membisu)
  • ber-… (berbicara, bercadang, berbincang, berkereta)
  • ter-… (terkeluar, terjatuh, terpelosok, tertarik)
  • ber-…-an (berguguran, bergandingan, berkibaran, bertaburan)
  • ber-…-kan (berselimutkan, bersuamikan, beristerikan, berbantalkan)

 

KKTT terbahagi kepada dua yaitu;

  1. KKTT tanpa pelengkap
  2. KKTT berpelengkap

 

KKTT Tanpa Pelengkap

Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap.

Contoh:

Gadis itu asyik termenung.

Ayah dan ibu sedang berbicara.

Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban.

 

KKTT di atas boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberikan keterangan lanjut tentang kalimat tersebut.

Contoh:

  1. Si Dara itu asyik termenung di dalam kamar.
  2. Hanif dan Nazimah sedang berbicara tentang pilihan raya.
  3. Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban ke dalam gaung yang dalam.

 

KKTT Berpelengkap

Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap (terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata sendi nama) untuk menyempurnakan maksud kalimat. Unsur pelengkap tidak sama dengan objek atau penyambut kerana objek atau penyambut hadir selepas Kata Kerja Transitif yang boleh mengalami proses pasif. kalimat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan.

Contoh:

  1. Keadaan banjir sudah beransur surut.
  2. Pasaran saham di Malaysia sudah bertambah baik.
  3. Pengemis itu tidur berbantalkan lengan.
  4. Ying Ying bercita-cita untuk menjadi arkitek.
  5. Cikgu Zakiah tinggal di Kepala Batas.
  6. Hampir lima tahun Mak Limah menetap di kampung ini.

Daripada perbincangan di atas, dapatlah kita rumuskan bahawa KKTT dan KKT mempunyai fungsi yang berbeda. Perbedaan ini dapat dilihat dengan jelas melalui frasa kerja tak transitif dan frasa kerja transitif.

 

 

 

Struktur Frasa Kerja Tak Transitif

 

Kata bantu KKTT Kata Sendi /adjektif Kata Nama
sedang bekerja di pejabat
ingin berbincang tentang perkara
telah terlupa akan nama rakannya
sudah bertambah kukuh
sudah beransur sembuh
telah bersuamikan orang kaya
telah berpayungkan daun pisang

 

Struktur Frasa Kerja Transitif

Kata Bantu KKT Objek atau Penyambut
telah membincangkan perkara
akan memperbesar rumah
sedang menggilap kasut
hendak menunggang motosikal

 

 

Kesalahan-kesalahan Kata Kerja.

 

  1. Penggunaan KKT tanpa imbuhan.

Contoh kalimat:

Haji Naseer sedang pandang lukisan itu (X)

Haji Naseer sedang memandang lukisan itu. (√)

 

  1. Penggunaan kata sendi nama selepas KKT.

Contoh kalimat:

Sharifah memahami akan kehendak adiknya. (X)

Sharifah memahami kehendak adiknya. (√)

 

  1. Penggunaan Kata Adjektif selepas KKT.

Contoh kalimat:

Ahmad telah menendang kuat-kuat bola itu. (X)

Ahmad telah menendang bola itu kuat-kuat. (√)

 

  1. Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT

Contoh kalimat:

Parman akan berjumpa Ibu Sandi. (X)

Parman akan berjumpa dengan Ibu Sandi. (√)

 

  1. Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT berimbuhan ber-…-kan

Contoh kalimat:

Penculik itu bersenjatakan dengan sebilah pisau. (X)

Penculik itu bersenjatakan sebilah pisau. (√)

 

  1. Tidak meletakkan kata sendi nama selepas KKTT tanpa imbuhan.

Contoh kalimat:

Ayah tidak akan pulang rumah tengah hari ini. (X)

Ayah tidak akan pulang ke rumah tengah hari ini. (√)

—-Selesai—-

 

Baca Juga : Contoh Teks Eksplanasi

Source : www.academia.edu